Melancong ke Vietnam, Tam Coc, Hanoi Episod 2/3

Tam Coc, Hanoi Episod 2/3
Tam Coc
Pada saya, Tam Coc, Ninh Binh adalah salah satu destinasi yang wajib bagi semua pelancong ke Hanoi. Perjalanan dari Hanoi ke Ninh Binh mengambil 4 jam dengan kereta. Di Ninh Binh, dua tempat yang saya mengunjungi ialah Bich Dong Pagoda dan Tam Coc.

Yang istimewa di Tam Coc  ialah perjalanan dengan sampan selama 2 jam dengan melalui gua (grotto).  Kesemuanya ada 3 Gua dan yang paling kecil adalah 20m lebar dan kurang dari 2m dari permukaan air. (Rujuk: Vietnam Beauty)
Sampan yang saya duduki ini di kayuh dengan mengguna tenaga kaki dan bukan tangan! Wanita ini bersandar ke belakang serta menggunakan kedua-dua kaki sahaja mengayuh sampan ini.


Jetty Tam Coc, iaitu Tam Coc Pier atau Wharf, tempat pelancong menaiki sampan.



 Tam Coc bermaksud "three grottoes" terjadi dari transformasi geology antara air hujan dan air laut terhadap tebing bukit selepas jutaan tahun. Didalam gua terdapat formasi batu kapur yang indah. Sampan kami akan melalui 3 grotto (gua). 


Destinasi ialah memasuki grotto ini
Sampan yang di hadapan saya telah mula masuk


Sampan kami menghampiri...
Gelap gelita semasa dalam grotto (gua)
Semasa di dalam tangan saya boleh sentuh batu kapur di atas

Perjalanan keluar........

Beberapa sampan yang penuh dengan barang makanan menunggu kami untuk membuat jualan. Mereka minta kami beli air and makanan untuk tukang pengayuh sampan. Saya pun membeli beberapa tin air dan biscuit.


Barang-barang makanan yang dijual
Pemandangan sepanjang perjalanan balik adalah sangat cantik. Tetapi, tukang mengayuh sampan memujuk kami membeli kain tempatan dan barang buatan asli. Beliau memberi alasan mempunyai anak kecil dan keluarganya sangat miskin. Berwaspada pada taktik ini.

Bich Dong Pagoda
Birch Dong pagoda bermaksud Gua Biru. Tempat ini boleh masuk dengan percuma. Pagoda yang purba ini amat menarik bagi sesiapa yang minat mengambil gambar.
Pemandangan di Birch Dong pagoda sepatutnya dipenuhi dengan bunga teratai. Tetapi waktu saya berada di sana bukan musim bunga, oleh itu tidak dapat menimatinya.








Versi Bahasa Inggeris (English Language version) di: Tam Coc, Hanoi Vietnam, Part 2/3

Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)