Kenny Rogers Roasters (KRR) mempromosi menu baru serta menurunkan harga ayam sempena bulan Ramadhan ini. Kenny Rogers dah terkenal dengan ayam panggang yang sihat dan sedap. Kini, anda boleh beli seekor ayam panggang dengan hanya RM1.00 saja. Syaratnya, perlu beli seekor ayam panggang dengan harga biasa dulu, dan ayam kedua baru boleh dapat pada harga RM1.00. Promosi ini untuk bawa balik (take-away) saja dan hanya terhad pada 100 ekor ayam pertama untuk sehari bagi sebuah restaurant.
Menu Baru Kenny Rogers ialah siri ayam Seri Lagenda Chicken dan air Lychee Splash. Seri Lagenda Chicken Meal terdiri dari peha ayam panggang berempah dan sos kacang tanah yang sederhana pedas. Kombinasi hidangannya ialah antara Nasi Tomato beraroma, muffin pandan lembut seperti krim, sayur dan sup. Terdapat 4 jenis Seri Lagenda Chicken iaitu Seri Lagenda Chicken Meal, Seri Lagenda Chicken Soup Meal, Seri Lagenda Chicken Platter dan Seri Lagenda Chicken Lite Meal.
Lychee Splash! Saya suka! Sangat sedap dengan aroma daun pudina, manis, masam serta 2 biji lychee di atas. Pada hirupan pertama, saya sangka ini air "passion fruit", tetapi sebenarnya ia ialah campuran Buah Kiwi, Mangga dan Limau. Lychee Splash ini amat sesuai sekali untuk minuman buka puasa!
Lychee Splash
Potongan harga sehingga 40% bagi Seri Lagenda Chicken! Ia Betul! Ayam Seri Lagenda Chicken boleh dapat 40% jika di bayar dengan kad KRR dan untuk makan dalam (dine-in). Ahli kad KRR boleh dapat 20% jika beli dua set Seri Lagenda Chicken, 30% jika beli 3 set. Ahli yang membeli 4 set ke atas atau seterusnya akan menikmati 40%.
Apa itu kad KRR? Bagaimana membelinya? Kad KRR ialah kad untuk ahli menikmati tawaran dan promosi Kenny Rogers Roasters (KRR). Cara mendapat kad ini ialah dengan membeli sekeping kad yang berharga RM20 (prepaid) dengan wang tunai RM20 di restoran KRR. Maklumat seterus boleh didapati di sini.
KRR juga menawarkan promosi membuka puasa di restoran KRR, iaitu Roasters Ramadhan Reservation (PRR). Hanya tiga langkah yang senang iaitu walk-in atau telefon mana-man restoran KRR, beritahu masa nak hidang dan order, selepas itu, buat bayaran supaya dapat nombor meja. Akhir sekali, berada di restoran setengah jam sebelum masa yg ditetapkan.
Restoran KRR ialah restoran "mid-casual" dining, dilengkapi dengan WIFI dan buka 365 hari se tahun.
Akhir sekali, saya ingin mengucap
SALAM RAMADAN AL-MUBARAK
&
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
kepada semua rakan-rakan dan pembaca blog ini yang beragama Islam.
0 Comments